Monday 4 April 2011

doa isteri buat suami

April 2011 genap 5 tahun my husband berjuang di medan pekerjaan, Alhamdulillah. Kira ulangtahun masuk kerja lani..dan masih di tempat yang sama.

Semoga abg akan sentiasa kuat dalam menempuhi apa saja cabaran, semoga segala urusan dipermudahkan, dikelilingi sahabat yang baik dan membina ke arah kebaikan, dan berada dalam rahmat dan lindungan Allah selalu. i know you can always do your best like you always did since school ;)

Igt pesan haji, 'bekerja mencari redha Allah..'. memang sangat ada benarnya kan. and pesan bos baru abg, 'work first..' igt masa kat office je tau ;) I think the first pesanan baik Haji is so much better. Insya Allah. Chaiyuk abg. Kerja rajin2 okeh :) utk kita jgk, hikhik ;)



Doa isteri buat suami adalah sangat penting kan. Doakan suami setiap hari untuk kejayaan suami. Insya Allah semoga suami tersayang sentiasa berada dalam redha dan lindungan Allah. Ingin saya kongsikan sedikit di sini, apa yg saya dah baca :)

HR Tirmidzi : “Tiada satupun yang lebih mulia bagi Allah melainkan do'a”.

Do’a adalah senjata, do’a adalah bukti begitu kecilnya kita sebagai hamba.
Tidak pantas kita menyombongkan diri karena hanya kepada Allah sajalah
kita memohon pertolongan dan perlindungan.
Apalagi do’a seorang istri kepada suami, seperti kisah Nabi Ayub as.
Ia diuji dengan bencana yang menimpa fisiknya.
Tubuhnya tidak menyisakan satu lobang jarumpun yang sehat.
Tidak ada sesuatupun di dunia ini yang dapat menolongnya, selain istrinya yang
tetap memelihara cintanya karena Allah.
Istrinya selalu melayaninya dan selalu mendo’akan sang suami untuk kesembuhannya,
maka Allah mengabulkan do’anya, memperkenankan permohonannya.
Lalu Allah memerintahkan Nabi Ayub untuk bangkit dan menjejakkan kakinya ke tanah
dan Allah mengeluarkan mata air dari dalam tanah dan menyuruhnya mandi dengan air itu.
Lalu, Allah menghilangkan seluruh penyakit yang ada di tubuhnya.
Itulah buah dari do’a istri yang sholehah.
Do’a Perempuan lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat
daripada lelaki, ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab Baginda,
“Ibu lebih penyayang dari pada Bapa, dan do’a orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.


Sentiasa doakan suami ya?
Agar suami selamat dlm perjalanan pergi dan balik kerja.
Agar segala urusan suami dipermudahkan.
Agar suami sentiasa cekal dan tabah.
Agar suami sentiasa dalam lindungan dan kasih sayang Allah.
Agar suami sentiasa berjaya.

Juga,
Agar suami sentiasa melindungi, menyayangi, mengasihi dan mencintai isteri ke akhir hayat.

Kerana suamilah orang yang kita kongsikan hidup. Yang sentiasa kita cinta. Yang sentiasa kita hormati. Yang sentiasa kita harap. Yang satu dalam hidup.

SUAMI..

2 comments:

Hasnah said...

alhamdulilah.. moga lebih rezeki utk masa akan dtg =))

daniadanis said...

insya Allah..thank u asna cute ;)