Tuesday, 27 July 2010

Thursday, 22 July 2010

sama-sama

hujan renyai-renyai di luar sana. mujur saya tapau kopi o panas sblm naik ke office tadi. dlm suasana macam ni, saya tidak berminat melakukan tugasan lain. lantas saya duduk menekan-nekan keyboard mencari sesuatu yg menarik utk dibaca. saya ke yahoo mail. oh bagusnya, saya mendapat email drd suami tersayang yg ingin berkongsi artikel. tajuknya? haha. 'hukum isteri meleteri suami' :) terfikir saya seketika pernahkah saya meleteri suami saya. haha leter2 manja mungkin.

ok jom nk share. saya quote sket je keh :)

ia ttg suami isteri sama2 keluar bekerja (SAMA-SAMA ok!) tapi balik umah isteri je yg kena buat semua keje rumah. kalu isteri dah penat of course emosi lebih haruslah berleter. kita kan kaum yg kaya dengan emosi. hamba Allah yg lemah pulak tu :) hmm tapi utk saya, memandangkan kami suami isteri hanya jumpa pd hujung minggu, saya tak pernah terkejar2 mengurus kerja rumah sebaik pulang dr kerja. belum merasa huhu. tapi Alhamdulillah, hujung minggu pun suami saya byk membantu. thanks so much to him.

saya pasti sgt2 setiap isteri akan seronok sgt buat kerja rumah kalau tak rasa keseorangan. penat mmglah, tapi kalau mengingatkan suami yg baik hati, isteri pun jadi sejuk hati kan?

dan, dgn melihat perkahwinan sbg medan utk mengumpul bekalan ke akhirat sana, insyaAllah kita boleh bersabar melakukan tugas harian. insya Allah, peringatan seperti inilah yg kita perlukan dari masa ke masa utk meneruskan hidup dgn baik. saya pernah terbaca, 'jika setiap suami isteri bersaing sengit utk mengumpul pahala ke akhirat kelak melalui perkahwinan mereka, tentu tiada derita dlm rumahtangga-itulah hikmah perkahwinan'. Subhanallah. semoga kita semua memperoleh kekuatan itu.

Ini pun saya petik dr email suami saya tu;

'bagi kaum wanita & lelaki yg sudah berumah-tangga, marilah sama-sama belajar saling tolong-menolong meringankan beban pasangan kita'.

bak kata wonderpet, apa yg pentingg, kerjaaasamaaa. hehe. dulu pun lepas kawin nenek saya selalu sgt pesan, 'ppakat molek la..' dgn erti kata, bermuafakatlah sesama suami isteri. rumahtangga sendiri kan. setiap perkara boleh bwk berbincang tapi kdg2 komunikasi plak yg jd masalah. suami isteri haruslah bulih kecek-kiro kan? ;)

cinta, sayang, simpati, belas kasihan, memberi, menerima, memahami, komunikasi. that's when two becomes one kan.

Islam pun ada garis panduan kan. banyaknya kena belajar.