Thursday 23 October 2008

bila cinta diuji

mungkin cinta paling sinonim dengan usia remaja, kerana pada waktu itulah lumrah cinta mula menjalar dalam diri setiap makhluk yang bergelar insan yang mencetuskan naluri ingin mencintai dan dicintai. paling tidak pun, seseorang itu sudah kenal perkataan cinta, mula memikirkan cinta atau bercakap mengenai cinta yang sememangnya mempunyai pengertian yang luas. sesetengah individu mungkin mampu mengendalikan perasaan tersebut dengan baik, dan ada juga yang sebaliknya. maklumlah, agaknya seronok pertama kali dilanda perasaan sebegitu.

namun sebaik usia meningkat, kita semakin menyedari bahawa cinta itu sebenarnya sesuatu yang sangat sukar untuk dimengertikan. zaman remaja seronok 'tackle-menackle'. apabila usia menginjak ke fasa baru, kita diusik pula dengan perasaan bila dirisik untuk dijadikan pasangan hidup seseorang di alam rumah tangga. pada waktu itu, mungkin pengertian cinta menjadi lebih serius dan berlandaskan tanggungjawab.

di usia ini, beberapa hari sebelum menginjak ke angka 25, berada dalam dunia pekerjaan dan bergaul dengan masyarakat, saya mula merasakan bahawa cinta adalah sesuatu yang subjektif dan memang sukar. saya akui, saya kini dikelilingi individu-individu yang mempunyai pelbagai masalah rumahtangga. entahlah, saya sendiri tidak faham kenapa saya dipilih sebagai tempat meluahkan masalah sedangkan saya belumpun melangkah ke alam itu. kadang-kadang terfikir juga saya, di mana indahnya alam rumahtangga. tidakkah seindah pertama kali dilanda rasa cinta. kenapa wujud perbezaan rasa sebelum dan selepas?

kisah 1,
seorang kawan saya baru sahaja berkahwin dan menjadi isteri nombor dua dengan persetujuan paksa rela daripada si isteri pertama. boleh dikatakan setiap hari saya mendengar luahan hati isteri muda ini tentang kehidupan barunya sebagai orang kedua. sudah tentu banyak yang pahit daripada yang manis. dan saya, angguk-angguk saja, sekali-sekala berfikir apakah pengajaran yang saya mungkin dapat atau sekadar berdiam agar fikiran dan perasaan saya tidak dipengaruhi oleh kisah sebegitu.

kisah 2,
juga seorang kawan yang asyik mengadu bila si suami mula bercinta dengan orang lain. yang ini, saya lebih rela membiarkan kata-katanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri. jika tidak, saya terpaksa berkali-kali memberitahu diri bahawa tidak semua lelaki begitu.

bila mendengar kisah sebegitu, terlintas di fikiran saya, adakah cinta mereka sedang diuji?

cinta remaja
cinta rumahtangga
cinta suami orang

itukah peringkat cinta? oh takutnya yang ketiga itu. anda pernah? paling tidak pun ada suami orang yang mula meluahkan perasaannya pada anda. di usia yang semakin menginjak, tiada yang mustahil kan?

memang bukan mustahil.

bila perkara sebegini berlaku, mungkin itulah tanda bahawa cinta sedang diuji. manusia, sedarlah, cinta adakalanya diuji!

dan untuk diri saya, saya doakan agar saya dapat terus memelihara cinta yang saya ada, cinta yang saya miliki, hanya untuk seseorang yang benar-benar saya sayangi. hanya satu selamanya.

apapun pengertian cinta..

3 comments:

aifaa said...

sgt dalam.
in the end,allah lebih tahu..

daniadanis said...

very true.
in the end, allah jua tmpt kembali.

RedTable said...

bila da mengakad nikah, tggungjawab, trust, communication, love, friendship, understanding, to learn forget and forgive, hv to mixed up and bowl tgether.sbgai rencah2 hidup..doa,usaha dan tawakal.

ain