Monday, 23 June 2008

panaslah hingga ke petang

sekali-sekala di hujung minggu, saya dan keluarga mengambil peluang menikmati segarnya pagi di taman yang menjadi tumpuan ramai pelbagai peringkat usia. apa tidaknya, memang seronok meluangkan masa di situ. joging dan senaman ringan boleh dilakukan dalam masa setengah jam sahaja. selebihnya, saya dan kakak gemar berjalan kaki atau sekadar duduk melihat suasana sekeliling, menemani ma dan mek (nenek kesayangan).

di satu sudut permainan kanak-kanak, riuh suara anak-anak kecil bermain itu ini. namun, ada juga yg masih sempat merengek minta dibelikan milo. ibu dan ayah hanya melayan penuh sabar.

di sudut yg lain pula, ada si manja yg terkedek2 kononnya mengejar si ayah di depan yg berlari2 anak. bayangkan si kecil yg masih memakai pampers bersaiz XXL agaknya, menghayun langkah kecil ala2 Donald Duck, sungguh mencuit hati. tdk sampai 2minit sudah minta untuk didukung.

tidak kurang juga sekumpulan remaja yg bersenam ringan, sekali-sekala menggayakan aksi poyo sekali gus mengabadikannya menerusi lensa kamera. bual mesra mereka diselang-seli dgn tawa. apalah yg menarik sangat agaknya.

begitulah, macam-macam ragam manusia yg mencuri perhatian. masing-masing bagai melupakan seketika apa jua masalah yg mungkin ada. namun, mata terpaku hati tersentuh seketika bila mendapati ada pasangan seusia emas yg leka menghabiskan masa bersama dan kelihatannya sungguh tenang dan bahagia. si isteri hanya berblouse dan berkain batik manakala si suami pula mengenakan tshirt dan kain pelikat. barangkali dari masjid seawal subuh lantas mengatur masa ke tempat yang seterusnya untuk diisi bersama. saat seperti itu, tentu sekali berdua adalah lebih baik. teringat pula ketika arwah abah masih ada. di taman itu jugalah tempat abah sekali-sekala beriadah. kalau tiada anak cucu di sisi, tentu saja abah pergi bersama ma.

terdetik di hati saya, mungkin di usia sebegitulah istilah teman hidup paling memberi makna. satu ketika apabila anak-anak sudah membesar dan membina hidup sendiri, yang tinggal meneruskan sisa hidup bersama seseorang insan umumnya tentulah pasangannya sendiri seadanya, yg telah bersama sejak sekian lama. sungguh, saya suka melihat pasangan-pasangan seperti ini; di kedai makan bersarapan pagi, ke surau, bersiar-siar, di mana sahaja mereka kelihatan, biarpun sekadar dalam iklan tv seperti iklan cadburry suatu ketika dlu. mereka pasti menarik perhatian saya.

namun-

terfikir pula, mungkin bukan senang mencipta kebahagiaan yg berkekalan ke hari tua. walau belum melayari bahtera rumahtangga, saya mungkin boleh mengakui hakikat ini setelah sangat lali dengan pelbagai cerita pahit manis sebuah perkahwinan dan percintaan. pernah saya mendengar rintihan seorang isteri di tempat saya bekerja suatu ketika dlu. kisah biasa seorang suami yg tergamak mencurah kasih terhadap perempuan lain di belakang isteri. kebelakangan ini, ada pula cerita terbaru jiran saya sendiri yg telah membuka cawangan baru (istilah berkahwin lain) TANPA pengetahuan isterinya. aduh, tak dapat dibayangkan lukanya hati seorang isteri. kenapa tidak berterus terang shj? sukar memahami wanita, tapi nampaknya sukar juga memahami lelaki. apakah kekurangan isteri, yg lazimnya kelihatan di mata suami hanya setelah akad yg suci? tak pandai memasak? tak pandai berhias? sudah hilang seri? tak pandai jaga dan layan suami? dan apa pula kelebihan seorang suami sehingga kebanyakan isteri akhirnya akur dan menerima sahaja hebatnya ujian cinta dari sang suami walaupun terpaksa berendam air mata.

“sampai hati abang buat Milah macam ni!” -

sudahnya, isteri hanya menerima kerenah suami tersayang bagai menerima kerenah anak remaja yg dibawa ke balai polis, yg digantung sekolah, yg tidak mahu belajar atau macam2 lagi. namun yg pasti menerima kerenah suami yg satu itu pasti jauh lebih menyakitkan.

Ya Tuhan, saya sendiri tidak sanggup memikirkan apatah lagi menghadapinya. Nauzubillah.

panaslah hingga ke petang,
jangan hujan di tengah hari,
andai awan tak terkandung air,
terbitlah nanti wahai pelangi.

hehe.

mungkin saya agak bias apabila hanya melihat senario ini dari sudut isteri sebagai ‘mangsa’ terutama hal berkongsi kasih atau ditinggalkan. nak buat camana, persepsi saya begitu kerana kebanyakannya begitu. ya, ada juga keadaan sebaliknya. arwah abah pernah berkata di depan anak-anak; satu-satunya kekecewaan yg tak dapat ditanggung oleh suami adalah apabila isteri ‘dilarikan’ oleh lelaki lain. masa tu, kami adik-beradik hanya berdiam tanpa mengerti kenapa hal itu yg terluah oleh abah.

apapun, syukurlah, seorang isteri hanya untuk seorang suami.

Oh, saya hampir hanyut dibawa arus emosi, atau mungkin memang sudah hanyut!

berbalik kepada kisah kasih berpanjangan ke akhir usia, saya tertarik kepada satu dialog dalam drama bersiri korea yg amat saya gemari. agaknya sudah lebih sepuluh kali saya mainkan cd tersebut belum pernah jemu. kata-katanya lebih kurang begini;

‘bila kamu merasakan diri masih muda, kamu mungkin mahu jatuh cinta untuk banyak kali. tapi, bila kamu semakin tua, kamu hanya tahu mencintai seseorang. kamu menggunakan seluruh hidup kamu untuk mengenali orang ini, ia tidak akan mencukupi juga. untuk memahami orang ini dengan sedikit demi sedikit, bertimbang rasa pada orang ini, terus kamu mencintainya, kamu perlu mempunyai banyak kemaafan’.



ada benarnya. semoga saya, semoga kita, juga mempunyai teman hidup selama hayat dikandung badan. bukan sekadar perhiasan. tapi seseorang yg sudi menemani dan ditemani; semasa comotnya wajah bangun tidur, bersarapan pagi, menonton tv, bergosip, bersiar-siar, semasa lenguh badan, semasa muntah dan cirit-birit, sakit pening, semasa lupa tempat letaknya cermin mata, semasa merenung lautan yg luas, semasa mengira bintang di langit, hinggalah saat mahu melelapkan kembali sepasang mata, bila menoleh ke sebelah, akan ada insan yg telah ditakdirkan, berada di sisi.

11 comments:

Anonymous said...

adani, indah sangat kata2 yang ko qoute tu, mmg betul mungkin sukar untuk temui seseorang yang benar-benar menghargai diri kita dan ingin menghabiskan seumur hidup dgn kita, tapi bagi aku perkahwinan adalah satu percaturan juga satu nasib, kita belum tentu tahu apa akan jadi mendatang dan sebab itu keputusan hari ini adalah penentu hari esok..

daniadanis said...

dear up there,
is this rini? or atul?

Anggerek said...

cool dear!

and u re right! i agree

Anonymous said...

me..atul:) aku paling suka dis article..meaningfull

daniadanis said...

thanks atul. glad to write something simple yet meaningful, not only for me but also for u.

for us:)

p/s: read ur blog but i couldnt feedback even a word huhu..

daniadanis said...

cik ann,
muahh ;)

Anonymous said...

u mean blog kat friendster aku ker?aku dah lama tak update...

daniadanis said...

iye..kat friendster..penah baca tp xleh post komen..xpela..ur post buat aku senyum je..teringat plak zmn dlu2:)

elynagriffin said...

interesting subject :)

made me miss those days mengarang for SPM :D

aifaa said...

bahasa yg begitu berbunga-bunga..but so meaningful.

true love is a rare find...:)

daniadanis said...

lyn,
dah lame xmengarang..hehe..

aiffa,
hehe bunga2. i love ur bunga2english too:)