Tuesday 17 June 2008

kesayanganku

penat mata memfokus, dahi berkerut membaca satu artikel yg menarik perhatian saya, apa lagi kalau bukan tentang minyak dan subsidi. saya bukan pemilik kenderaan, maka semestinyalah saya seorg pengguna pengangkutan awam yg sekali-sekala terkena tempiasnya lantaran kenaikan harga tambang.

pun begitu, ada yg lebih menarik untuk diingati. hari ini 17jun2008, ulangtahun kelahiran kakak saya; Bahiah aka kakyah. hehe, patutlah dia seronok betul mengusik adiknya yg sorang ni sblm tido smalam. saat saya mahu melelapkan mata pun, dia masih galak mencuit saya sana sini. kami masing-masing tak byk menghabiskn masa bersama dlu kerana terpaksa berjauhan sepanjang tempoh pengajian, sejak usia 13tahun. dia di sana, saya di sini. memang kami semua adik-beradik begitu. saya pasti kebanyakan adik-beradik di luar sana juga begitu. syukurlah, air dicencang takkan putus. syukur juga sekarang kami mempunyai masa bersama. seronok. kadang-kadang perangai bagaikan anak kecil pula.

ini, saya dan kakak saya:)



kebanyakan mengatakan wajah kami sangat tidak seiras. apa bleh buat. tapi agak kelakar bila pernah seseorang menyangka bhw kami ni kembar! ntah macam mana.



dan, ini juga kepunyaan saya. saya masih tercari2 dua bingkai gambar kesayangan saya ni. salah satunya saya abadikan gambar saya dan aman ketika masih kecil; msg2 sblh kiri dan kanan. tapi di mana skarang? missing di rumah sendiri! mungkin gara-gara terlalu mengemas satu ketika dlu, saya terlepas pandang, lalu ada yg tercicir, salah tempat agaknye.

saya masih mencari. andai sudah benar2 hilang, saya abadikan shj di sini. biarpun hanya utk beberapa ketika.

gamba lama,
kenangan lama,
tapi sesekali menoleh,
apa salahnya.

1 comment:

daniadanis said...

yeay!

found the frame

little me and little aman

yeay!