Wednesday, 19 March 2008

bicara santai

SELAMAT PAGI MALAYSIA - satu rancangan bual bicara yang ke udara menerusi saluran RTM1 itu sangat sukar meraih perhatian saya sebelum ini. walau bagaimanapun, pagi Isnin lepas saya telah terpanggil untuk menonton rancangan tersebut sebagai memberi peluang kepada diri untuk berjinak dengan rancangan seperti itu. jelas sekali saya kagum dengan penyampainya yang telah menggunakan perkataan-perkataan Melayu yang baru dan saya sendiri tidak tahu maksudnya dengan tepat. betapa saya ketinggalan dalam perbendaharaan kata bahasa ibunda saya sendiri. lantas, saya memilih untuk menulis dalam bahasa yang mula-mula saya tuturi seawal usia dulu, pada kali ini.

berbalik kepada rancangan tersebut dan pengisiannya pada hari itu. pernahkan anda, menyangka diri melalui waktu tidur yang panjang tapi masih berasa mengantuk dan tidak segar keesokannya? ya, saya pernah malah masalah ini sering saya alami. penyakit tidur yang dikenali sebagai 'sleep apnea' ini boleh menyebabkan seseorang individu yang tersekat pernafasan pada waktu malam terjaga berkali-kali dalam keadaan tidak sedar untuk kembali bernafas! akhirnya tidur yang dirasakan panjang sebenarnya tidak berkualiti dan menyumbang kepada kemurungan. namun, terdapat beberapa punca dan cara mengatasi permasalahan ini dan jika memudaratkan, perlulah mendapat rawatan doktor.

benar, tidur merupakan salah
satu tanda kebesaran ALLAH dan wajarlah didahului dengan bacaan doa sebelum dan disudahi juga bacaan doa selepas tidur. saya mengingatkan diri saya sendiri jua yang kadang-kala mudah lupa ini.

akhir kata, saya mendoakan majlis akad nikah abang saya pada malam esok (tarikh bersempena keputeraan nabi SAW) berjalan lancar dan diberkati ALLAH. semoga berbahagia hingga akhir hayat dalam ikatan kekeluargaan yang erat dan penuh kasih sayang.

**my grammar always needs a little work**

2 comments:

elynagriffin said...

sleep apnea? very interesting.. pernah or rather selalu mengalaminye hehe

daniadanis said...

it was interesting to listen to the specialist on TV the other day. but in my way of writing, i guess it might sound boring to others. hehe. but thank u for leaving some words here that shows u went thru this entry.

so sweet of u. hehe:)