Wednesday 1 August 2012

Legakan Gatal

1 August today! Bersamaan 12 Ramadhan. Cepatnye masa berlalu kan? Dulu masa kecik rasa lambatnye nak buka puasa. Sekarang tgk2 jam, eh dah nak berbuka. Yelah, kata dah sedikit tua kan? Mestilah berbeza perasaannya dulu dan sekarang.

Sejak husband balik ni, (baru 2 hari je pun) saya join sama makan lauk2 kegatalan saya such as udang & sotong, juga budu! Sambil makan sambil beringat esp budu. Hehe. Dulu before kahwin memang saya pantang baikkkk punya segala seafood & budu sebab alahan resdung. Tapi sejak kahwin & masak utk suami (ehemmm) kadang2 tebabas jugak ngap bermulut2 udang/sotong. Pahtu tergaru2 la dan mata seperti berair.


Sebagai contoh, di atas ialah lauk berbuka semalam. Anda lihat sotong singgang itu? Mungkin anda boleh cuba kerana ianya sgt mudah & menyelerakan anak tekak terutama for those yg berasal dari Pantai Timur. Dah laaaaaama sgt tak buat singgang sotong ni. Actually ni salah satu favorite arwah abah satu ketika dulu (Al-fatihah buat arwah abah). Semalam tgh bersihkan sotong tetiba dapat ilham nak kelar2 mcm tu sebab nk masak sekoq-sekoq so nanti senang para pemakan nak makan. Bila dah masak dan tgk hasil kelaran, hmmm boleh tahan cantik jugak rupanya. Hehehe.

Maka bermula episod gatal selepas kekenyangan. Tapi kali ini saya tak risau sangat, sebaaaaaabbbbb saya boleh menggunakan Rojam di bawah utk melegakan gatal tersebut. Bahan utama Rojam ni ialah kulit kayu manis. Cara pakai sama macam pakai bedak sejuk. For my case, saya sapu di tempat tertentu saja yg saya rasakan obviously itulah kawasan gatal saya; iaitu hidung dan pipi. Mula2 pakai akan rasa pedih, sejuk, berangin tapi best. Gatal dan rojam boleh diibaratkan seperti buku bertemu ruas. Hehehe. Sangat melegakan. Bila dah kering, dah hilang rasa pedih sejuk tu, boleh la dicuci muka anda. Tak lama pun. Utk kesan yg lebih baik, saya sapu jgk bawah hidung so masa bernafas aroma Rojam ni menussuuk dalam lobang hidung dan lebih melegakan gatal. Nak pakai pagi boleh, malam pun boleh. RM10 je.


Pagi ni elok saya pakai Rojam dan semakin kering, tertengok pulak satu video kelakar kat youtube. Sukarnya utkku menahan gelak haha. Nak tau video apa? Tengok sini ok. Tahap kelakar bergantung kepada pendapat individu sbnarnya. Perah otak betul sapa yg buat ni. Yg pasti saya tak nak la sebar lawak camni kat FB. Hehe. Entahla, kelakar, tapi something wrong somewhere with the image.

Oklah, done sharing session. Oh ya, nak tau? dulu saya suuuuka kumpul mutiara kata masa zaman sekolah. Pernah masa Form 4 dulu suami saya (sekarang) mintak koleksi mutiara kata drpd saya utk buat projek penanda buku. Hehe kita selitkan sedikit kenangan di situ :) Tapi buku tu dah hilang sobsob. Tak mengapalah, boleh rujuk pada sumber lain. Mutiara kata ni ibarat santapan rohani jgk kan. So now I am sharing one with you;

 "Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan jalan keluar."

Have a good day people!

3 comments:

Liney said...

u ni gatal tau!! hehehe... baru terfikir nak buat singgang sotong hari ni... hairus n kakak suker sgt... nasib baik dah temui penawar ketagalan u so that u can enjoy your fav food kan... kalau tak, rugi....

daniadanis said...

Hehe..kita kan sama2 gatal hikhik..aah seb baik leh guna rojam ni..tpi xdelah tahap membedal segala seafood..jaga2 jugak cikit2 huahua kunun..

Anonymous said...

Mna nak dpt kn ni ye?kt srwak blom jmpa lg..