Tuesday 14 August 2012

Surat Letak Jawatan


Assalamualaikum,

Semalam saya dah hantar satu permohonan pendaftaran untuk semester hadapan. Permohonan bersurat agar saya boleh teruskan dgn pendaftaran atas talian untuk kursus2 lain semester akan datang nanti. Saya dah buat perubahan. Nanti lah saya akan ceritakan kemudian apabila permohonan tersebut dah dapat kelulusan dan selesai.

Sehari sebelum tu iaitu Ahad, sibuklah saya mencari contoh surat di internet untuk dijadikan garis panduan menulis surat permohonan saya. Aduh tiada! Maka berbekalkan isi2 penting yg telah diberitahu oleh Penyelaras Program, saya karang sendiri surat saya. Untuk lebih kepastian, saya meminta dahulu Pembantu Tadbir meneliti surat saya sebelum dipanjangkan ke Timbalan Dekan & Dekan. Alhamdulillah setakat semalam, surat tu ok katanya, maknanya apa yg ingin & patut disampaikan ada di situ dan difahami. Cuma perlu tunggu untuk diproses.

Sambil2 mengarang surat tu, saya terkenang la balik saat2 saya mahu menulis surat letak jawatan di tempat kerja sebelum ni. Hehe perah otak juga memilih ayat yg sesuai, ingin menyampaikan maksud tapi pada masa yang sama, ingin menyatakan penghargaan atas peluang bekerja yang diberikan. Saya banyak google contoh surat tapi kebanyakannya dalam Bahasa Inggeris. Saya juga google tips utk tulis surat letak jawatan ni. Yup ada tips ok on what to write and not to. Yang pasti janganlah caci maki dlm surat tu kan haha. My case, saya betul2 rendah hati nak letak jawatan & appreciate sgt dapat peluang kerja dgn MARA. So, itu adalah antara apa yg nak disampaikan. No caci maki company of course hehe.

By the way, kenapanya, kalau ayat2 sopan & skema, ayat Bahasa Inggeris kedengarannya lebih mudah berbanding Bahasa Malaysia. Contohnya, 'Regret that..'; 'Would you like to have..' dan lain2. Haha mentaliti je kot. Atau mungkin sebab jarang digunakan dalam first language bila kita terbiasa dgn bahasa pasar. Kalau second language, tentu2 lah yg diajar adalah formal & mengikut grammar yg betul kan. Oh masuk bab language pulak. Bab language ni panjang ceritanya kan.

Berbalik pada asal, jadi saya ambil isi2 penting daripada contoh di internet dan sesuaikan dgn Bahasa Malaysia untuk mengarang surat letak jawatan saya. Setelah hampir 2 tahun simpan surat ni, saya rasa apa salahnya share di sini. Mana tahu ada siapa2 yg meng'google' macam saya dulu. Hehe. Semoga membantu. Boleh click on image to enlarge.


Ok tak surat tu? Yang penting apa yang ingin disampaikan dapatlah disampaikan. Tulis sesuatu yg simple, sopan, dan menyampaikan maksud. Kemudian, minta sesiapa yang berkenaan check dahulu surat tersebut. Itu saja.

Oklah, saya nak kena keluar ni. Baju raya tak beli lagi hehe. Esok mungkin dah nak balik kampung so hari ni kena lah cari sampai dapat.

Selamat Hari Raya semua. Semoga semua selamat dalam perjalanan balik kampung. Selamat selamat selamat dan happy bersama keluarga tersayang. Maaf zahir batin ya? Take care :)

2 comments:

Anonymous said...

zFpj ghd australia
dQat cheap ugg boots uk
yNll michael kors sale
7lYoj ugg boots uk
1jKzq chi hair products
3kRgn michael kors outlet
2mAlj cheap nfl jerseys
2lRau ghd
1fAek north face jackets
0iNaa ugg españa
3dXcj ghd straighteners uk
0cYih michael kors wallet
2zJec cheap nfl jerseys
3wNra planchas ghd
6pCmg cheap ugg

Anonymous said...

look at VPyYLRNV [URL=http://www.chanel--online-shop.net/]replica chanel bags[/URL] for less QdowxEOd [URL=http://www.chanel--online-shop.net/ ] http://www.chanel--online-shop.net/ [/URL]