Monday 16 January 2012

demi masa

saya baru selesai solat isyak. muhasabah seketika tatkala perbualan bersama sepupu siang tadi menerjah telinga. sepupu saya yg lebih muda setahun menyambut ulang tahun kelahirannya hari ni. saya ke rumahnya utk sama2 meraikan hari istimewa baginya. namun sebelum pulang, satu perbualan ringkas antara kami cukup memberi makna pada saya. kami pada mulanya sekadar berseloroh, tapi seloroh itu lah yg masih terkesan hingga kini.

lantas selesai isyak tadi, saya merenung seketika. betapa usia ini bukan sekadar nombor. jujur saya katakan, selama ini saya langsung tidak kisah akan peningkatan usia saya. saya bangga mengatakan 'age is just a number'. bukan saya tidak memikirkan soal mati. itu satu hal yg lain. tua atau muda, lambat atau cepat, mati itu pasti. namun, entahlah. mungkin disebabkan saya memiliki badan yg kecil, ke mana pun saya pergi pada usia akhir 20-an ini, orang sekeliling tidak sekali menduga bahawa saya ialah berumur saya sebenar. itu salah satu faktor barang kali. itu jugalah yg mempengaruhi cara saya melihat diri saya; 'age is just a number'.

sehinggalah perbualan tadi, membawa lamunan saya hingga sekarang. banyak persoalan yg terlintas di fikiran saya tentang kematangan hidup bukan sahaja di sekeliling rakan-rakan sebaya malah di sekeliling mereka yg usianya sudah cukup dewasa. apatah lagi di kalangan seluruh keluarga yg bukan sahaja terdiri drpd sepupu, malah pakcik dan makcik, datuk dan nenek. itu belum termasuk keupayaan melalui cabaran hidup.

betapa usia bukan sekadar nombor.
betapa hidup bukan sekadar belajar, bekerja dan berkawan.

mujurlah, soal cinta hati saya tidak termasuk dlm persoalan ini. namun saya pasti, cinta hati saya juga sebenarnya telah banyak mengajar; kerana pada saya utk satu-satunya hal ini, usia cinta saya bukan sekadar nombor.



- Posted using BlogPress from my iPad

1 comment:

Liney said...

betul are... bila umur dah meningkat mcm k liney ni (huhuhu) umur bkn lg sekadar suatu nombor... many things yg nk kena fikir...