Sunday 20 April 2008

aduh penangan!


Menyesal saya baca ruangan dimensi berita harian; PENANGAN BLOG.

Ada beberapa perkara yang saya boleh terima dan sesetengah perkara yang mengundang rasa kurang enak di hati saya.

Awalnya saya sangat mengakui realiti berikut. Sekurang-kurangnya, pandangan dan apa jua kisah rakan sebaya atau tidak sebaya boleh dikongsi bersama, malah 'friends are still in touch'.

"Evan Williams yang mengasaskan Blogger.com pula berpandangan bahawa blogger adalah golongan muda yang menggunakan blog untuk berkomunikasi dengan rakan sebaya"

Saya masih selesa membaca pendapat penulis yang seterusnya;

"Setiap orang boleh memberi 1001 macam alasan untuk memiliki blog, tetapi blogger adalah seorang yang tahu menghargai pandangannya"

Tetapi terpukul dan rasa tidak bebas bila membaca kenyataan berikut;

"Pada masa sama, ada ramai blogger yang hanya memuatkan luahan hati kecewa, putus harapan dan meracau tidak tentu hala. Blog begini selayaknya dimasukkan ke dalam bakul sampah"

Bukankah setiap individu mempunyai 1001 sebab untuk memiliki blog? Kenapa timbul pula pandangan sedemikian? Saya kecewa kerana saya baru sahaja meluah rasa pada 'post' sebelum ini dalam blog saya:) Terasa sungguh!! :) Suka hati saya lah!!!!!:) (kan saya dah meracau:) )

Apapun saya faham, pokok pangkal yang ditulis oleh penulis tersebut mungkin ditujukan kepada blogger-blogger kehormat yang 'memperjuangkan' isu POLITIK pada masa kini yang kadang-kala turut memenatkan saya; berkenaan memfitnah, mengutuk dan menyebar khabar angin (bukankah ini juga sesuai dimasukkan dalam bakul sampah?) dan lain-lain sewaktu dengannya. Apa salahnya, saudara penulis juga seorang manusia yang mempunyai pandangan tersendiri yang tidak semestinya saya telan bulat-bulat. 'OPINION can tell thousands of words'

Sesungguhnya, saya bermula dengan blog ini kerana pada saya, menulis adalah satu terapi yang baik untuk saya. Ibarat sebuah coretan elektronik. Setiap individu seperti saya juga bebas memilih corak penulisan masing-masing samada berbentuk 'heavy' atau 'light and easy'. Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.

Saya tak perlu cakap banyak lagi. Saya perlu hati-hati dengan hakikat di bawah;

"Selain itu, Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957 dan Kanun Keseksaan boleh digunakan terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab. Sudah ada beberapa kes blogger di negara ini disaman kerana tulisan mereka"

Hehe.

Yang penting, saya tahu apa dan dengan siapa ingin saya kongsikan blog saya. Antara saya dan penulis tersebut, mungkin kami dari kumpulan yang berbeza lantas mempunyai tujuan blog yang berbeza.

I'll stay with my freedom :)
I love my blogging friends :)
I like any those relaxing blogs that i bookmark :)
They are my brilliant colours :)

3 comments:

elyna griffin said...

i love my blogging friends too!let's group hug!

:)

daniadanis said...

myself and i..
we got some straightening out to do..
and i'm gonna miss lalala..

:)

Anggerek said...

my hug to all of u :)