Sunday 19 February 2012

hari terakhir cuti

ok first let me introduce you to one of my besties in kitchen. taraaaa!





hehe ni sebenarnya hadiah wedding 2 thn lepas. sgt suka guna cik adik manis ni especially utk blend bawang2 sekalian. dulu masa saya stay pekan, sanggup la angkut cik adik manis ni ke kl kot2 nk guna utk masak whenever nk spend weekend di kl. sgt senang. sampaikan my mummy in law pun beli satu kot2 menantu die ni leh guna kalau balik kg hehe. tapi balik umah mak asyik mak yg masak. mmg terbaik masakan mak. asalkan mak masak, msti best.

ok berbalik pada cerita asal. walo bgmnpun, muatan utk cik adik manis ni adalah sedikit. sekali-sekali mahu blend byk bahan, adalah lebih selesa menggunakan yg besar sedikit. lain la kalu nk masak honeymoon utk 2 org kan.

maka saya mengaturkan langkah ke jusco wangsa maju lantaran nekad mahu memiliki satu yg lbh besar. oh mujurlah ada 5-15% off utk j card member. ok saya pilih dan pilih hinggalah didatangi oleh seorg amoi mempromosikan blender di bawah:





beli yang bawah, dpt percuma yg atas. hehe. dpt percuma lagi satu jar for blender. price was RM128. okla kan? sebenarnya berbelah bahagi sbb at the same time berkenan jgk dgn tefal honestly because of the color. tapi memandangkan tefal punya mill beaker ala2 jenama X, saya pilih je this philips. malas nk termenung lagi dh hehe.





ok la kan kan kan :) tadi ade a few more kat jusco. sape nk bleh grab. lagi satu saya suka pasal blender ni ialah terdapat ala2 grip di base nye camni:





haaa melekat je kat table top you all nnti hehe.

anyway, hasil pertama blender ni adalaaaaahhhh:





trifle!! :) saya guna utk blend bahan lapisan kedua. actually ni resepi my mommy in law. ok share terus la kat sini kan.

lapisan bawah
kek gulung dipotong n disusun.
basahkan kek dgn sirap koktel.

lapisan kedua dari bawah
4 sudu kastard
1tin jagung manis (saya guna ayam brand)
1tin susu pekat manis
secawan stgh air
semua bahan di atas di blend, kemudian di masak bersama satu tahil agar2 yg dh mendidih. kacau hingga pekat. tuang atas lapisan kek tadi.

lapisan ketiga dari bawa
susun buah2an koktel, laici dan peach mengikut kesenian anda ;) nk letak buah lain pun boleh.

lapisan paling atas
sepaket cristal jelly nona 'jelea'
masak jelly seperti arahan pada paket. utk warna yg lebih menarik, tambah sedikit perwarna. kemudian tuang. biarkan sejuk. siap.

my personal opinion, kalau pilih kek, pilih yg kurang cream. lagi best.

actually trifle ni ade byk style kan. terpulang la pada selera dan kreativiti masing2. makan sejuk2 best :)

oklah i stop here. oh hari ni hari terakhir cuti. esok semester ketiga akan bermula. i wish myself all the best :) and oh, esok husband ku pulang yeaayyyy :) tak sabar nk jumpa.

insya Allah semoga selamat sampai rumah suami ku tercinta.

happy third sem to me!!!


- Posted using BlogPress from my iPad

2 comments:

Liney said...

like! bleh try yg versi add jagung. biasa buat yg versi maizatul. thanks for sharing... nanti bulan 6 buat lg tau... plus ngan sayur campur... teringat2 sayur campur u... hehehehe

Lisa Hz said...

my 1st blender pn philips jgk. dpt free jgk =D tp x smpai 2 thn dah x bole pakai disebabkan anakanda tu suke2 selongkar cabinet dan hempas ke lantai tanpa rs bersalah. blender ke 2 pun philips jgk, tp upgrade version. mini blender kaler orange are tu lisa pkai jgk, time2 faheem mkn puree dolu. pstu x pakai dh. tgu adik die keluar dan mencecah usia 6 bulan bru nk pkai blk. ah menariknye trifle itu.. yummmmmmm...

pjg pulak komen. bos cuti la are. rajin sikit menaip. hohoho