Wednesday, 7 December 2011

pejam celik yg lama

dah 2 minggu. ah tak sabarnya menanti kepulangan si dia.

bila difikirkan kembali, saat berjauhan ada juga indahnya walaupun kadang kala rindu itu menyakitkan dan mampu mengundang air mata.

berjauhan seolah-olah lebih mengeratkan. mana taknya, tiap saat hanya terbayang wajah dia. paling menarik, inilah perasaan ketika sebelum kawin dulu. kami sentiasa berjauhan dulu. lepas kawin juga terpaksa berjauhan atas tuntutan kerja. jadi, berjauhan seketika kini seakan mengimbau perasaan cinta jarak jauh dulu. syukur perasaannya masih sama malah bertambah indah - merindui seorang suami.

ku bersyukur atas nikmat ini ya Allah. semoga org2 disekeliling ku juga mengecapi kebahagiaan yg Engkau kurniakan. cukup utk bekalan meneruskan hidup. insya Allah.




- Posted using BlogPress from my iPad

2 comments:

ASRUL EFENDI BIN HASSAN said...
This comment has been removed by the author.
sherry @ SHerR said...

happy to hear that u still have the same feelings...xper are...sayang isteri tingal2 kan...then u will appreciate him more..