Thursday 17 June 2010

pemanduan sebuah perjalanan

ada pemandu
sangat yakin dgn laluannya
memandu ibarat dilitar
potong sana potong sini
ada satu destinasi yg dikejar
atau sekadar melepas geram
atau mmg jenis darah panas tak peduli org lain

ada pemandu
tak yakin berada dilaluannya
memandu perlahan sekadar ditepi jalan
takut
baru belajar

ada pemandu
memilih memandu perlahan
memandu di tepi dgn tujuan memberi laluan kpd org lain

ada pemandu
konsisten dan sederhana pemanduannya
dia yakin dan berada di laluannya
sekadar selesa dan tenang di laluannya

pemandu-pemandu ini
mungkin berubah pemanduannya
mengikut destinasi dan perjalanan
yg tertulis utknya pd ketika itu

hari ni
saya sekadar jadi pemandu
yg perlahan dan konsisten
malah saya lebih gembira jika lampu merah di hadapan
tenang dan relax
kerana itulah keperluan utk perjalanan saya
ketika ini

dan
saya tetap berada di laluan saya

1 comment:

JMR said...

drive carefully:-)