Friday, 31 July 2009

tajuk dah tak penting

semalam saya rasa sangat susah hati. tiba-tiba terasa susah untuk pulang ke kampung halaman; perlu ke kuantan untuk menaiki bas, dan soal siapa boleh menjemput saya di terminal kuantan setiba dari kampung nanti. saya bukan lah terlalu manja. cuma tidak yakin dengan perkhidmatan teksi di malam hari. saya kan perempuan. seorang diri pula.

berhempas pulas saya berfikir. sambil otak masih mampu ligat memikirkan bahan untuk membuat soalan peperiksaan. saya berhenti rehat seketika dan menelefon tunang tersayang. kemudian saya sambung fikir lagi, sambil tangan terus menekan huruf-huruf di laptop menaip tugasan yang perlu disiapkan. alhamdulillah, masih boleh memikirkan dua benda dalam satu masa. fikir dan fikir maka akhirnya saya nampak sinar lampu di sebalik pintu bilik teman serumah.

ya, beliau akan pulang ke kemaman hujung minggu nanti. apa kata kalau saya memohon jasa baik beliau. maka muncul satu idea yang akhirnya mengusir jauh keruh di wajah saya. sambil control senyum, saya meluahkan apa yang tersarang dalam fikiran saya sepanjang malam. alangkah baiknya hati beliau (ingin saya dedahkan di sini nama beliau walaupun bukan penuh, iaitu fiza). beliau bersetuju untuk menunggu saya di kemaman dan menumpangkan saya balik ke pekan. dengan lain perkataan, kami akan balik ke pekan dari kemaman sama-sama. hehe. saya lepaskan senyuman yang dicontrol tadi. lega. syukur.

saya nak balik kampung sangat2. walaupun sekadar cuti hujung minggu sabtu dan ahad. doakan saya selamat, ya.


*jane, entri pertama bulan 8 nanti saya siapkan tag kamu, ya ;p

4 comments:

plain_jane said...

eh.. ani da pindah pekan ke?

p/s: buat jgn x buat.. hehehe

puteri said...

adani lecture kat syahputra ke?

puteri said...

adani lecture kat syahputra ke?

daniadanis said...

jane: ani duk pekan skang..ngaja cni start januari hari tu :)

tikah: ngaja kat ikm..:)