Thursday, 8 April 2010

belum. saya belum pregnant. entri ini sekadar utk berkongsi :)

saya semakin dpt merasakan betapa mendalamnya kasih seorang ibu terhadap anak. belum pun disahkan mengandung, seorang wanita yg mahu bergelar ibu sudah tertarik dgn pelbagai info berkenaan kehamilan, bayi dan anak. apatah lagi bila sudah disahkan berbadan dua nanti. segala pemakanan, tingkah laku, kata2, atau hampir apa saja tentu sekali mahu dijaga dgn baik dan diberi perhatian khusus. bukan utk diri sendiri, tapi utk anak yg dikandung. betulkan para ibu? :) saya cukup yakin, kasih sayang seawal dan sedalam inilah yg memberi kekuatan kpd para ibu utk terus melalui saat 9 bulan kehamilan dan seterusnya membesarkan anak, mendidik anak sehingga anak tersebut mampu memiliki dan melalui kehidupan sendiri, kehidupan berdikari.

saya belum pun seorang ibu, tapi sedikitnya saya mula memahami kasih seorang ibu. ini salah satu hikmah perkahwinan mungkin. kita diberi ruang utk terus meneroka kehidupan yg ditentukan Allah ini. sekurang-kurangnya kita mahu memahami dan mendalami bagaimana satu kehidupan itu boleh bermula dan bermula. indah. kagum. Allah Maha Bijaksana. Maha Agung.



terus berdoa.

p/s: kasih ayah tak kurang hebatnya.

4 comments:

puteri said...

setuju 100%. naluri semulajadi seorang perempuan memang macamtu..

JMR said...

x sabar nak amik gambar baby en.nazman&pn.adani...:-)

aifaa said...

terus berdoa.

:)

kosaifriks said...

i will always pray 4 u...last time,i was not ready to hv a baby...being pregnant is something i never dreamt of..but,now..after see my own baby...i can say it is the best moment ever..