Wednesday 30 June 2010


syukur ya Allah
atas segala rahmat dan kasih sayang-Mu
syukur ya Allah
atas kebahagiaan yang Engkau limpahkan buat kami
syukur ya Allah
atas segala rezeki yang Engkau kurniakan

ya Allah
sesungguhnya rahmat-Mu melangit luas
sehingga ujian dan kesulitan yang kami hadapi
kelihatan terlalu kecil

namun ya Allah
sebagai hamba yang lemah dan lalai
kami tetap memohon pada-Mu
agar dikurniakan kekuatan utk terus melayari kehidupan ini
utk menepis saat-saat gusar
yang kekadang menguji hamba-Mu ini

kami memohon ya Allah
berikanlah kami kekuatan
eratkanlah ikatan kami
satukanlah hati kami
jadikanlah kami orang-orang yang sabar
dlm menjalani kehidupan di dunia-Mu ini

ya Allah ya Rahman ya Rahim



Thursday 17 June 2010

pemanduan sebuah perjalanan

ada pemandu
sangat yakin dgn laluannya
memandu ibarat dilitar
potong sana potong sini
ada satu destinasi yg dikejar
atau sekadar melepas geram
atau mmg jenis darah panas tak peduli org lain

ada pemandu
tak yakin berada dilaluannya
memandu perlahan sekadar ditepi jalan
takut
baru belajar

ada pemandu
memilih memandu perlahan
memandu di tepi dgn tujuan memberi laluan kpd org lain

ada pemandu
konsisten dan sederhana pemanduannya
dia yakin dan berada di laluannya
sekadar selesa dan tenang di laluannya

pemandu-pemandu ini
mungkin berubah pemanduannya
mengikut destinasi dan perjalanan
yg tertulis utknya pd ketika itu

hari ni
saya sekadar jadi pemandu
yg perlahan dan konsisten
malah saya lebih gembira jika lampu merah di hadapan
tenang dan relax
kerana itulah keperluan utk perjalanan saya
ketika ini

dan
saya tetap berada di laluan saya

Thursday 10 June 2010

it was a happy moment


4June2010
akad nikah





5 June 2010
peach reception


hehe..still dpt ucapan 'selamat pengantin baru' and jumpe tetamu2 yg tak sempat jumpe hari tu..soalan default utk saya spnjang hari tu : 'dh ade isi ke blom?'..saya pon masih tggu :)




personally saya suka gambar ni..lawaKING of the family..they made a good team..sempat men futsal waktu mlm lepas majlis dgn cousin2 lain..i'm happy to see them together..walaupon at first saya rasa renggang ngn suami saya (perasaan karut)..tapi biasa lah bile dh kumpul ramai2..masing2 ade keje byk tuk kenduri..penat lagi..dan pd sesetengah perkara..men and women lain agendanya..hehe..saya dh faham tu :)

wedding kakak saya hari tu mmg sgt2 memorable..bilalah dpt berkumpul ramai2 lagi..raya pon belum tentu kot..sbb masing2 kebanyakannya dh kawen..ade 2 side family..apepon semoga ikatan kekeluargaan ini erat selamanya..dlm limpahan kasih sayang dan rahmat Allah insya ALLAH :)


now i'm in KL..amik cuti Khamis & Jumaat..rehat dan rawat dan rindu



*more photo here


Tuesday 8 June 2010

pertama kali dlm hidup
dekat tapi terasa jauh
renggang

sedih
semakin sensitif
mudah menangis
seperti bersendirian





jauh atau dekat
saya mahu rasa dekat
seperti selalu


saya perlu cuti